عايشه منيرة

My photo
Rawang, Malaysia
A living flesh with a soul made of glass.

Sunday, August 03, 2014

Pas Rah


Banyak dalam kepala ni yang terpaksa ditanggung. Banyak beban yang kena fikir. Sampai satu tahap, aku dah malas nak ambil tahu.

Membuatkan aku terpaksa pasrah dalam banyak hal.
Pasrah dengan masa depan mostly. Aku bukan tak optimistik, tapi aku masih samar-samar, for what the future has to offer. This thought intrigued me when I realized that I have 3 semesters left and one practical session to go. Time is so envious, apparently.

Pasrah dengan kerjaya, dengan usaha/effort yang seciput. Walaupun masih terlalu awal untuk meramal, aku masih tak yakin apa yang aku akan jadi dalam masa 2-3 tahun ni. Menganggur? Sambung belajar?

Pasrah dengan personaliti diri kerana lebih ramai manusia yang menonjolkan kukurangan diri aku berbanding 'kelebihan' kerna sememangnya ia tidak wujud. Bukan tak syukur tapi aku sedar manusia semakin terikut dengan peredaran zaman dan ini mungkin implikasinya. Materialistik is maybe the right word.

Yang ni aku memang pasrah dari dulu, iaitu jodoh. Ya. Aku tak akan pernah lagi optimis dengan jodoh. Bukan setakat samar-samar, bayangannya pun tidak ada. Judge me all you want and think I'm pathetic, but I think I'm through with all the stuff I had to deal with. I'm sorry if this offends anyone that I know, but its the truth. I let people down so I think I got what I deserved.

Yang aku pasti, aku tak boleh pasrah dengan akhirat walaupun yang 'dekat' itu  mati. Aku masih punyai waktu, untuk buang dosa-dosa yang bertimbun tu. Satu-satunya harapan yang tak pernah buat aku putus asa dalam kehidupan kita yang singkat ini ialah rahmat dan kasih sayang tuhan. Janji-janji terhadap hambaNya. Aku tau, tuhan selalu ada untuk aku. Dan aku ingin bertemu denganNya serta kekasihNya yang saban menjadi aspirasi untuk aku terus hidup dan mengejar mardhatillah sambil menuju ke Jannatul Alfirdausi.


Aisyah Munirah wrote this. Just so you know..

Tolong doakan aku ya. Doa sahaja yang mungkin boleh tolong aku sekarang.



01:47 am 3 Aug 2014

Ps. Raya tahun ni penuh ibrah. 


No comments: