عايشه منيرة

My photo
Rawang, Malaysia
A living flesh with a soul made of glass.

Saturday, September 03, 2011

Aku ingin

Assalamualaikum




Memerhati manusia disekelilingku, terdetik di hati ini. Aku ingin menjadi seperti mereka.
Aku ingin memiliki apa yang mereka ada. Aku ingin menjadi seperti mereka. Aku ingin mengikut jejak langkah mereka.

Aku wanita, perempuan, dara, nisa, wildan.
Naluriku untuk sentiasa berhias, kelihantan cantik, anggun dengan sepersalinanku yang mampu mendatangkan tabarruj wujud dalam benak hati ini.
Naluriku ada untuk mendedahkan kulitku yang halus mulus cerah kepada manusia, supaya mereka kagum dengan ciptaan tuhan ini.
Naluriku ada untuk mencantikkan wajahku dengan penambah seri, dengan pemerah bibir, mataku yang dihiasi dengan warna-warna indah, pipiku kemerahan supaya manusia mengagumi perhiasanku.
Naluriku ada untuk melibas-libas rambutku yang hitam bersinar dan panjang, lembut menutupi belakangku untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Aku juga ingin mempunyai seorang teman istimewa
Yang mampu menjadi pendengar setiaku
Tatkala aku kehilangan tempat bergantung
Aku ingin didampingi insan yang bergelar ADAM
Untuk sentiasa menceriakan hidupku dengan kehadirannya
Aku ingin rasa dicintai sepenuhnya, dimiliki untuk selamanya
Aku ingin dibelai dengan kasih sayang olehnya, sehingga aku lupa
Lupa akan DIA yang melihatku, menanti doaku
Aku ingin ADAM untuk membawaku ke sana dan ke mari
Tanpa sebarang ikatan yang sah, menghalalkan segala perilaku
Menantiku tatkala aku masih ragu dengan cintanya
Aku ingin dia sebagai pengubat duka lara

Aku ingin mempunyai ramai kenalan
Tidak kira lelaki atau perempuan
Aku ingin bergaul bebas
Berhibur dan bersuka ria
Melepaskan tekanan yang sentiasa membelenggu fikiranku
Aku ingin meleraikan kekusutan di mindaku
Dengan hiburan supaya aku alpa dengan dunia realiti
Walaupun hanya seketika


Namun, diriku diingatkan, kerana sabar, kerana syariat Allah yang ditetapkan untuk hambanya
SyariatNya untuk menjaga aib dan maruahku
SyariatNya untuk melindungi diriku dari terhempas dengan nafsu yang sukar untuk dilawan
SyariatNya untuk memelihara IMANKU, TAQWAKU, AMALKU, AKALKU
SyariatNya untuk diriku terus berjihad melawan nafsu dalam keadaan dunia yang semakin hari semakin menderita.

Sesungguhnya ganjaran orang bersabar adalah syurga. Semua keinginanku ini dapat dinikmati, dirasai dan dilalui di Syurga.
Sesungguhnya wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.
Sesungguhnya hatiku ini harus dimiliki olah dia yang mencintaiku kerana CintaNya terhadap yang Esa.
Sesungguhnya nikmat berhibur lebih indah di Syurga berbanding di dunia.
Sesungguhnya nikmat di dunia ini tidak setanding dengan kehebatan nikmat di Syurga.

Doakan diriku ini untuk kearah kebaikan. Untuk dijauhi dan dihindari dengan tipu daya dunia.
Jikalau diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman Para Anbiya, di mana wanita hanya
berbakti untuk suami, keluarga dan agama. Aku ingin menghargai perjuangan junjungan besar kita demi agama Islamku yang tercinta.

Ya Allah jauhilah aku dari godaan iblis laknatullah, janganlah kau biarkanku mencintai Dunia lebih daripada aku mencintai Akhirat,
Dekatkanlah diriku denganmu sekiranya aku jauh dari naungan rahmatMu,
Ikhlaskan hati ini dalam menjalankan ibadah sebagai seorang hambaMu
Tabahkanlah jiwa ini di kala aku kelemahan, di kala aku perlukan petunjuk.

Ameen.

Barakallahufikum. Semoga Allah memberkati kalian semua InsyaAllah...

4 comments:

ايمي شهيره عزمي said...

sukaaaaa sejuta kali post ni.. You are good with words dear :)) it's a reminder. a very good one :D

Aisyah Munirah said...

*malu blushing*
hehe thanks :) cuba menyampaikan mana yang mampu :)

Anonymous said...

u write this on your own?
well said then.
ameen.

Aisyah Munirah said...

its what I call a confession from an observation. thanks! still improving myself.