عايشه منيرة

My photo
Rawang, Malaysia
A living flesh with a soul made of glass.

Saturday, April 18, 2009

Gorreaaaat

DYMM Sultan Selangor!!

haha this was funny

Tengku Irina

the ghey part

The day was beautiful and bright too.

Inflatable bouncy thingy lol

Cikgu Jam dan Pn. Saadiah


Farah and her 'Gombak' lol

Syakilaa!

So the carnival was gorreeaat. Get to meet new people, and Pn. Saadiah's daughter yang sangatla comel! Erghh banyak gila gambar aku tangkap. Camera digital batt habis, so aku ada alasan nak bawak dslr( umi memang susah nak berpisah dengan kawan barunya). Malam sebelum karnival aku simpan dekat bilik aku siap-siap. Haha aku ni cunning. So pagi-pagi aku bangun, bersiap-siap dan baba hantar aku sampai ke perhentian bas. Cikgu dengan kereta matrixnya mengambil aku dan farah. Perjalanan mengambil masa satu setengah jam sahaja. Aku sudah hilang mamai bangun awal.

Setiba sahaja, aku dan comrad-comrad aku menyusun atur barang-barang yang perlu disusun atur. Setelah itu, sekolah lain dari Daerah Gombak memulakan tugas mereka. Kami(aku, azyan dan farah) yang teruja melihat inflatable bouncy thingy. Kalaulah boleh, aku nak lompat sepuas hati, dengan adegan-adegan yang merosakkan minda-minda Tunas Puteriku. Jadi aku, farah dan azyan terpaksa melepaskan hasrat yang separuh normal itu.

Tepat pukul 10 lebih, aku bertanya Cikgu Jam , ada apa-apa yang boleh dibantu. Cikgu Rashidah dengan suara yang membingitkan menyuruh kami menggantikan mereka yang sudah lama bertugas dari pagi tadi. In other words, tukar shift! HAHA. So kami pun mengambil alih, dengan senang hatinya. Aku agak biasa menjual air ni, sebab best agaknya ambil kupon-kupon dan main dengan ais. Selama 4 setengah jam bertugas, dan empat jam tu juga la aku berdiri. Penat sikit aku cangkung. Kerusi dipenuhi dengan beg dan perkakas dapur. Aku jadi bengang sangat, aku campak semua benda kat atas salah satu kerusi itu dan terus duduk. Glory is mine! Haha bngng. Sekarang ni tumit kaki aku sangatlah sakit, aku kena jalan berjengket-jengket macam aku pakai high heels je. High heels? *snorts*

DYMM Sultan Selangor menjadi tetamu yang terhormat. Aku bercadang untuk bergambar dengannnya sebagai rakyat-sultan. Tetapi bodyguard menyibuk! dan aku hanya mampu mengambil gambar dari tepi.

2 comments:

AsmaHamid said...

MUNIRAH! why didn't u tell me you went? I could've gone you know! HAIISSSSHHHH.

Aisyah Munirah said...

sorriee didnt kno u were planning to go hehe