عايشه منيرة

My photo
Rawang, Malaysia
A living flesh with a soul made of glass.

Friday, January 23, 2009

What a fagging day.

Hari ni aku rasa sangat pelik dan teramat kaget. Kenapa? Kerana aku hari ni jadi sangat tak betul dan tak tau apa yang ada dalam kepala otak ni.

Beberapa kejadian yang terjadi :

a) Hari ni ada PJ. Aku malas nak pakai baju PJ. Sebab setiap pagi aku kelam kabut sana sini. Then Cikgu Harlina notis , dia takdala marah mana. Dia bagi denda kat aku ngan sorang budak cina ni iaitu sapu seluruh balai ilmu. Aku pun akur je. Bukannya susah pun haha.

b) Kat kantin, aku nak beli makanan. Sebab aku masih lapar. Jadi aku nak beli 2 fishball and 1 sausage. Aku tiba-tiba pening&terlupa dengan harganya. Makcik tu bengang agaknya so dia pekik-pekik kat aku.
Konklusi, aku tak suka makcik kantin tu sebab garang, kasar and takda budi bahasa sebagai seorang tua yang sudah berumur la agaknya. Aku mintak pun elok-elok. Yela kalau aku cakap kasar-kasar, tak dilayan punya. Aku rasa dia sorang sahaja yang macam tu. Yang lain amat friendly. Especially akak yang buatkan air tu.

c) Netball aku tak tau nak cakap apa. Chance of winning? Aku masih tak tau. Aku kesian kat Kak Ed.

Okay itu sahaja untuk hari ini.

No comments: